Antara peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh pengguna adalah:
1. PERATURAN UMUM
Peraturan umum merangkumi peraturan-peraturan yang perlu pengguna patuhi ketika berada dalam perpustakaan dan ketika menggunakannya. Antara peraturan tersebut adalah:
1.1 Apabila mengunjungi perpustakaan, pengguna diminta mendaftar di buku daftar keluar/masuk pengguna.
1.2 Pengguna tidak boleh membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan bagi menghormati pengguna lain
1.3 Pengguna di minta mematikan telefon bimbit atau menukarkannya kepada “mode” senyap (silent mode)
1.4 Pengguna diminta menyimpan beg atau barang-barang lain di rak yang disediakan .
1.5 Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman ke dalam perpustakaan
1.6 Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk beg kedalam perpustakaan
1.7 Hanya alat tulis, buku, dan barang-barang berharga sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan
1.8 Pengguna diminta menjaga kebersihan perpustakaan.
2. PERATURAN MENGADAKAN KELAS DI PERPUSTAKAAN KIDU
2.1 Kelas pengajian tidak boleh di adakan di dalam perpustakaan, kecuali jika ianya memerlukan pelajar menggunakan dan merujuk bahan-bahan/koleksi perpustakaan.
2.2 Sekiranya tenaga pengajar ingin mengadakan kelas di dalam perpustakaan, mereka haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perpustakaan dan mendapatkan kebenaran dari pihak perpustakaan.
3. PERKHIDMATAN PELANGGAN & PERATURANNYA
Perkhidmatan pelanggan merangkumi segala aktiviti dan kemudahan yang disediakan untuk pengguna. Antaranya:
3.1 Pinjaman & penggunaan bahan-bahan bacaan perpustakaan
3.2 Bilik ICT
3.3 Perkhidmatan percetakan (printing service)
3.1 Pinjaman & penggunaan bahan-bahan bacaan perpustakaan
3.1.1 Peminjam terdiri daripada kakitangan dan pelajar KIDU yang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan KIDU
3.1.2 Pengguna dikehendaki membawa kad ahli perpustakaan untuk urusan pinjaman
3.1.3 Bagi kakitangan KIDU had maksima jumlah buku yang boleh dipinjam adalah 5 buah buku dengan had tempoh pinjaman tidak melebihi 5 hari
3.1.4 Bagi pelajar KIDU had maksima jumlah buku yang boleh dipinjam adalah 3 buah buku dengan had tempoh pinjaman tidak melebihi 3 hari
3.1.5 Sekiranya tarikh pinjaman melebihi had tempoh diatas pengguna akan dikenakan denda seperti berikut:
PENGGUNA | HARI | DENDA |
PENSYARAH/KAKITANGAN | Hari ke-6 | RM 1.00 |
Hari ke-7 dan seterusnya | RM 0.50 | |
PELAJAR | Hari ke-3 | RM 1.00 |
Hari ke-4 dan seterusnya | RM 0.50 |
3.1.6 Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar bahan-bahan bacaan dari perpustakaan kecuali setelah mendapat kebenaran dari pihak perpustakaan untuk tujuan tertentu seperti fotokopi dan sebagainya
3.1.9 Selepas menggunakan bahan-bahan perpustakaan, pengguna diminta meletakkan semula bahan-bahan bacaan yang digunakan di tempat asal.
3.2 Bilik ICT
Perpustakaan KIDU menyediakan bilik ICT yang dilengkapi dengan kemudahan komputer dan internet kepada pengguna.
3.2.1 Pengguna diminta mendaftar di kaunter perpustakaan sebelum menggunakan komputer.
3.2.2 Pengguna akan di kenakan bayaran utuk penggunaan komputer mengikut tempoh masa penggunaan PC tersebut iaitu:
TEMPOH MASA | BAYARAN YANG DIKENAKAN |
15 minit | RM 0.30 |
30 minit | RM 0.50 |
45 minit | RM 0.80 |
1 jam | RM 1.00 |
3.2.3 Pengguna harus menggunakan komputer (PC) untuk tujuan pembelajaran sahaja
3.2.4 Pengguna tidak dibenarkan memuat turun (download) atau memuat naik (upload) dengan menggunakan komputer perpustakaan.
3.2.5 Penggunaan PC dan internet atas tujuan pentadbiran, aktiviti dan program yang melibatkan Kolej Islam Darul Ulum tidak akan dikenakan bayaran. Bagi tujuan ini pengguna diminta mencatit butiran mengenai penggunaan tersebut.
3.3 Perkhidmatan percetakan (printing service)
3.3.1 Perpustakaan KIDU juga menyediakan perkhidmatan untuk percetakan (printing) kepada pengguna KIDU
3.3.2 Perkhidmatan ini dikenakan caj bayaran seperti berikut:
JENIS PERCETAKAN | BAYARAN YANG DIKENAKAN |
Berwarna: Penuh Sederhana Sedikit | RM 1.00 RM 0.50 RM 0.30 |
Hitam | RM 0.20 |