Selamat Datang & أهلا وسهلا

Selamat Datang
أهلا وسهلا

Perpustakaan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) merupakan perpustakaan akademik dimana ia bertujuan bagi menyokong pengajaran, pembelajaran, dan kajian di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) khususnya.

Fungsi utama perpustakaan KIDU adalah menyediakan bahan-bahan maklumat untuk kegunaan para pelajar KIDU serta tenaga pengajarnya. Justeru bahan-bahan maklumat di perpustakaan KIDU lebih tertumpu kepada kurikulum pendidikan di KIDU seperti buku rujukan, jurnal akademik, tesis, dan kertas persidangan.

Perpustakaan Kolej Islam Darul Ulum

Pokok Sena, Kedah, Malaysia

PINJAMAN

Sistem pinjaman bahan-bahan bacaan perpustakaan
  • Peminjam terdiri daripada kakitangan dan pelajar KIDU yang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan KIDU
  • Pengguna dikehendaki membawa kad ahli perpustakaan untuk urusan pinjaman
  • Bagi kakitangan KIDU had maksima jumlah buku yang boleh dipinjam adalah 5 buah buku dengan had tempoh pinjaman tidak melebihi 5 hari
  • Bagi pelajar KIDU had maksima jumlah buku yang boleh dipinjam adalah 3 buah buku dengan had tempoh pinjaman tidak melebihi 3 hari 
  • Sekiranya tarikh pinjaman melebihi had tempoh diatas pengguna akan dikenakan denda seperti berikut:
PENGGUNA
HARI
DENDA

PENSYARAH/KAKITANGAN
Hari ke-6
RM 1.00
Hari ke-7 dan seterusnya
RM 0.50

PELAJAR
Hari ke-3
RM 1.00
Hari ke-4 dan seterusnya
RM 0.50